CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, November 15, 2008

Ad-Dhuhaa..

Salam a dobry den...

Semalam (hri Jumaat..) buat pertama kalinya spnjang bergelar pljr 2nd year, kami (RNR), Koin, Ila, Che Nad dan juga Kak Belle berkumpul di rumah Kak Fifah.. untuk program usrah bersama.. untuk kite sama2 saling memperingati antara satu sama lain.. untuk kebaikan bersama..

Awalnya, saya dan Nadia rasa kekok jugalah sebab kami ni ahli baru dalam usrah Kak Fifah.. (segan lah kononnye) selain dari rase sengal2 mmandangkan RNR memasing baru bgun tidur.. (tidur yg bhgia lepas Jumaat yg pnat - Hematology test & Biochem test..).. tapi Alhamdulillah perisian sepanjang usrah tu memang menarik dan melekat dan diselangi dengan iklan2 terkini (gossip artis la dlm erti kte lainnye..hehe..)..

terdetik jugalah nak berkongsi perisian usrah kami.. antaranya adlh rahsia di sebalik Surah Ad-Dhuhaa.. personally, teringat jugalah kenangan kecik2.. nilah surah pertama yang saya baca utk Majlis Khatam Qur'an saya di zaman kanak2 dulu.. suka sangat la dulu sebab surah ni pendek, sedap dibaca.. dan bait2 yg lawa.. =)

Sejarah tentang penurunan surah ni kepada Rasulullah S.A.W.. apabila suatu ketika, Rasulullah terputus wahyu dari Jibril untuk seketika.. sehingga menimbulkan kata-kata kesat, kutukan dari kaum Quraisy terhadap baginda.. sehingga ada seorang wanita sanggup berkata kepada baginda.. "Syaitanmu telah meninggalkanmu..".. dimana dia dengan sesuka hati dia je membandingkan Maha Suci ALLAH SWT dengan syaitan.. Nauzubillah..

Sehingga Rasulullah SAW pun terasa hati, tertekan dan sedih.. dan demi untuk memujuk Rasulullah SAW yg sedang kecewa.. ALLAH SWT pun menurunkan Surah Dhuhaa ni.. antara terjemahan ayat..

"Tuhanmu tidaklah meninggalkan Engkau dan tidak pula membencimu.." 93:3..
Dan ALLAH SWT juga menjanjikan kebahagiaan akhirat buat Rasulullah SAW.. yang semestinya jauh lebih membahagiakan dari nikmat dunia.. ALLAH turut mengimbau Rasulullah SAW bahawa semenjak baginda kecil, ALLAH SWT sentiasa melindungi baginda walaupun baginda yatim piatu.. dan memberi baginda petunjuk di saat umat manusia lain masih di dalam kesesatan..

Surah nih.. dan ayat 93:3 ini.. kalau dinilai dari sudut kita.. walau di saat kita berada paling bawah.. paling teruk.. tertekan dan sedih.. percayalah.. ALLAH SWT tidak akan pernah meninggalkan kita.. dan di saat kita keseorangan, ditimpa musibah.. yakinlah.. sentiasa tiap saat akan ada ALLAH SWT yang menemani kita.. yang Maha Melihat lagi Mengetahui segala sesuatu..

Sebut tentang ALLAH Maha Mengetahui.. berkait jugalah dengan ayat 2:216.. antara ayat kegemaran saya jugalah..

"Dan mungkin kamu benci sesuatu itu, sedangkan ia lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu itu sedangkan ia mudarat kepadamu dan ALLAH mengetahui, tetapi kamu tidak tahu" 2:216..

ALLAH SWT sungguh mengetahui setiap segala sesuatu yg telah, sedang dan akan berlaku.. tahu tentang segala sesuatu yang tersurat dan tersirat dalam hati manusia.. tahu tentang segala sesuatu rahsia yang mungkin tak pernah dan tak akan pernah kita ketahui.. sebab kita sekadar hambaNya yang terbatas pemikiran.. terbatas pada apa yang kita nampak terbaik untuk kita, walhal.. penglihatan ALLAH nun tersangatlah jauh.. dan tidak akan pernah terbatas.. mengatasi infiniti duniawi..

jadi.. apa-apapun.. walau macam mana pun keadaan kita.. percayalah.. ALLAH akan sentiasa ada menemani kita dan jelas dengan perancanganNya untuk kita.. yang mungkin belum kita nampak nikmatnya kini.. =)

4 comments:

.::*~nadia~*::. said...

sweet sgt,Allah pujuk rasullullah tu :) selawat dan salam ke atas baginda..~

~ rianus ~ said...

1st of all..
welcome Nadea n Raini ke dlm Group usrah bersama Kak Fifah..
seronok sgt korang ada sekali...ada la geng..n bley jln sama2 g rumah kak fifah..yay!!


Yup..surah Ad-Dhuha nie sgt sesuai jugk utk mengubat hati org yg tgh berduka lara..sbb kita tahu,kita xkan berseorgn..kita ada Allah sbg tempat mengadu~
tp tu la..klu kita tgh bergembira pulak..jgn lupa pd Allah..sentiasa panjatkn kesyukuran kn?
~insyaAllah~

hirumi said...

Thanx for the Kinda Tazkirah's entry :)

raiNiey said...

uhuk2.. trase siyes ler plak.. hehe...