CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, December 6, 2008

Iftar & Aqiqah..

Salam a ahoj...

Hari ini, 6 Disember bersamaan 8 Zulhijjah.. kami RR (Nadia xdpt dtg sbb tgh berjuang kat EC..huhu..).. bersama rakan-rakan muslim Malaysia, dan juga saudara2 muslim yang lain berkumpul di Medium (tempat paling glamer di HK) untuk sama-sama berbuka puasa (Iftar) sunat Zulhijjah dengan daging aqiqah 'Bro Hani'..



tiga generasi berbaju hijau.. Rian bsama 'bonda' dan 'nenda'nye.. hoho..



3 gadis anggun Cejpova.. pheeewwiittt... =p



miss 'innocent' -- Dalila wif Fathin Aina..



ewah2 didi... hehehe.. (watak utama-Toma Merunka bsama biji kurma..=p)

walaupun tidaklah dapat makan rendang daging, atau hidangan2 best macam kat Malaysia untuk Raya Qurban tahun nih, tapi merasa jugalah kami makan daging kambing Pak Arab tadi.. syukur... terima kasih banyak2.. cakap pasal Raya Qurban dan bulan Zulhijjah nih, meh kongsi sikit..

Hadis daripada Ibu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya :

"Tidak ada mana-mana hari-hari beramal padanya yang lebih disukai oleh Allah SWT. dari hari-hari ini iaitu hari kesepuluh daripada bulan Zulhijjah. Para sahabat bertanya : Ya Rasulullah ! walaupun jihad pada jalan Allah ? Sabda Rasulullah : Walau jihad pada jalan Allah kecuali seorang lelaki yang keluar dengan dirinya dan harta bendanya, kemudian tidak kembali selama-lamanya (Syahid)"

hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya :

"Puasa hari arafah dapat menghapuskan dosa dua tahun, yang telah lepas dan akan datang, dan puasa Assyura menghapuskan dosa setahun yang lepas"

hadis riwayat Ibnu 'Asakir dari Muaz R.A, sabda Rasulullah S.A.W, maksudnya :

”Barangsiapa yang menghidupkan empat malam, maka wajiblah dia memperolehi syurga; iaitu Malam Tarwiyah (pada 8 Zulhijjah), Malam Arafah (pada 9 Zulhijjah), Malam Nahar (pada malam 10 Zulhijjah) dan Malam Aidil Fitri (pada malam 1 Syawal)”

marilah kita usaha mana yang termampu.. =)

yang sedihnya, raya nanti, hari Isnin tuh, kami sambut dengan exam Physio.. utk topic 'Neurophysiology & Myology'.. mmg xleh la sakan2 weekend ni.. study2..

kepada semua Borhanians, all the best and sama2lah kte fighting!! hope kita dipermudahkan Allah.. manalah tau kan, amik exam di hari raya Qurban.. beri keberkatan kepada kita semua.. InsyaAllah.. semoga pengorbanan kita selama kita belajar kat sini membuahkan hasil.. =) Amiin...





last but not least, kpada semua saudara muslim, selamat Hari Raya Aidiladha.. =)

4 comments:

~ rianus ~ said...

Hehe..selamat hari raya semua!!!!
dan jugak all the best utk exam esok!!
aja!!

hirumi said...

Salam AidilAdha ^_^

.::*~nadia~*::. said...

cepat je hirumi tu comment..huhu..salam aidiladha~~!

raiNiey said...

yuhuu.. salam aidiladha.. mr kun2..
and.. Rian, Nadia.. sumer2 kiter.. congrates!!! yehaaa.. berkat exam di aidiladha..